Jumaat, 22 Januari 2010

facebook

sesape yg nak add friend di facebook boleh cari ikut nama saya...suhairi

Jumaat, 18 September 2009


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA..

Isnin, 18 Mei 2009

Khamis, 2 April 2009

RENUNGILAH KATA2 PELAJAR TERBAIK SPM 2008


Peranan Guru Penting Untuk Melonjakkan Keupayaan Diri Saya - Nik Nur Madihah
Nik Nur Madihah Mohd. Kamal , pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, mengakui rahsia kejayaannya berpunca dari peranan para guru yang berjaya melonjakkan keupayaan dirinya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang. Beliau berkata demikian semasa berkongsi rahsia kejayaannya dengan 200 pelajar sempena Ekspo Pendidikan Mara peringkat negeri Kelantan pada 22 Mac lalu.
''Mereka bersedia mengetepikan kepentingan sendiri apabila diminta membantu ketika saya menghadapi masalah dalam pelajaran," ujarnya. Nik Nur Madihah menceritakan bahawa beliau pernah bertanyakan soalan kepada seorang guru ketika dia sedang membuka pintu kereta untuk pulang dan guru tersebut menangguhkan hasratnya itu bagi membantunya.
Selain itu katanya, bagi mengelakkan kebosanan semasa belajar, dia berusaha meminati sesuatu pelajaran antaranya menyukai guru-guru itu.
''Saya berusaha menyayangi semua guru dan mahu menggembirakan mereka dengan keputusan yang cemerlang," ujarnya semasa sesi soal jawab dengan pelajar.
Nik Nur Madihah berkata, dorongan seterusnya berpunca daripada kesusahan hidup yang dialaminya. Beliau berlajar bersunguh-sunguh untuk membalas jada kedua ibu bapanya.
''Saya perlu berusaha gigih kerana kecemerlangan itu merupakan hadiah paling berharga untuk kedua ibu bapa,'' ujarnya.
Katanya, dia juga mengamalkan amalan harian termasuk solat hajat dan menyertainya dengan doa.

PERMOHONAN SIJIL LCCI

Kepada pelajar yang ingin memohon SIJIL LCCI (gred 1A-3B) sila klik link di bawah

sila klik di sini :LCCI . Tahniah kepada semua yang berjaya. sekarang anda akan menempuh kehidupan yang sebenar dalam dunia realiti. GOOD LUCK SEMUA.....