Jumaat, 18 September 2009


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA..

Isnin, 18 Mei 2009

Khamis, 2 April 2009

RENUNGILAH KATA2 PELAJAR TERBAIK SPM 2008


Peranan Guru Penting Untuk Melonjakkan Keupayaan Diri Saya - Nik Nur Madihah
Nik Nur Madihah Mohd. Kamal , pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, mengakui rahsia kejayaannya berpunca dari peranan para guru yang berjaya melonjakkan keupayaan dirinya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang. Beliau berkata demikian semasa berkongsi rahsia kejayaannya dengan 200 pelajar sempena Ekspo Pendidikan Mara peringkat negeri Kelantan pada 22 Mac lalu.
''Mereka bersedia mengetepikan kepentingan sendiri apabila diminta membantu ketika saya menghadapi masalah dalam pelajaran," ujarnya. Nik Nur Madihah menceritakan bahawa beliau pernah bertanyakan soalan kepada seorang guru ketika dia sedang membuka pintu kereta untuk pulang dan guru tersebut menangguhkan hasratnya itu bagi membantunya.
Selain itu katanya, bagi mengelakkan kebosanan semasa belajar, dia berusaha meminati sesuatu pelajaran antaranya menyukai guru-guru itu.
''Saya berusaha menyayangi semua guru dan mahu menggembirakan mereka dengan keputusan yang cemerlang," ujarnya semasa sesi soal jawab dengan pelajar.
Nik Nur Madihah berkata, dorongan seterusnya berpunca daripada kesusahan hidup yang dialaminya. Beliau berlajar bersunguh-sunguh untuk membalas jada kedua ibu bapanya.
''Saya perlu berusaha gigih kerana kecemerlangan itu merupakan hadiah paling berharga untuk kedua ibu bapa,'' ujarnya.
Katanya, dia juga mengamalkan amalan harian termasuk solat hajat dan menyertainya dengan doa.

PERMOHONAN SIJIL LCCI

Kepada pelajar yang ingin memohon SIJIL LCCI (gred 1A-3B) sila klik link di bawah

sila klik di sini :LCCI . Tahniah kepada semua yang berjaya. sekarang anda akan menempuh kehidupan yang sebenar dalam dunia realiti. GOOD LUCK SEMUA.....

Ahad, 15 Mac 2009

RESULT SPM 2008

Alhamdulillah...... akhirnya keluar sudah result diorang ni, walaupun tak mencapai 100% sebab seorang pelajar telah gagal. taufik yang saya sangka gagal telah lulus (7D). Tapi saya masih bersyukur kerana pada tahun ini membuat peningkatan yang begitu banyak dari segi % lulus dan Purata Gred Keseluruhan. Saya berharap pelajar yang malas dan leka belajar akaun pada tahun ini but perubahan diri demi masa depan anda sendiri.

Rabu, 11 Mac 2009

RESULT SPM 2008- 12 MAC 2009

12 MAC akan keluarlah result SPM. Fokus saya adalah result Prinsip Perakaunan Kelas 5 STK. tak tahulah macam mana, harap2 ada peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Result ini juga amat penting kerana mereka ini anak didik saya sejak form 4 hingga form 5, berbanding tahun sebelum tu, hanya take over dari guru lain yg berpindah waktu f5. harap2 semua lulus dan ada yang dapat 1A. insyaallah. Taufik....harap2 awak lulus dengan baik.